Wednesday, 19 October 2011

CINTA TIGA SEGI

Pernah tak korang terfikir yang korang akan terjebak dengan CINTA TIGA SEGI? Pernah tak korang terfikir yang orang yang korang sayang, mungkin dalam masa yang sama sayang orang lain jugak? 


Ataupun korang yang menduakan cinta orang yang korang sayang? Semua itu mungkin terjadi. Dan semua tu terjadi tanpa kita sangka.

Situasi? Macam2 situasi ade. Ada kemungkinan seorang lelaki mempunyai dua orang teman wanita. Ada kemungkinan jugak seorang wanita mempunyai dua orang teman lelaki. Dan kalau dua2 dah kantoi, ada kemungkinan jugak kedua2 nya ada 2 kekasih. Lebih kurang balas dendam lah. Macam2 kemungkinan boleh terjadi.

Tapi salah siapa? Bodoh ke seorang perempuan itu kalau sanggup diduakan? Tetapi lelaki itu, kenapa sanggup menduakan kalau sayang yang dilafazkan?

Baca perbualan ini :

Perempuan : Awk, awk sayang dua orang perempuan dalam satu masa, walaupun secara rahsia. Tapi saya nak tanya, awk  sanggup tak kalau awk yg diduakan. Walaupun hukum agama ada menyatakan yang lelaki memang boleh ada 4 orang isteri. Saya Cuma nk tahu jawapan awk je, awk sanggup tak kalau diduakan?

            Lelaki : TAKKK!! TAK SANGGUP!!!!


Mcm lawak bodoh kan? Si lelaki tak sanggup, tapi tergamak die buat mcm tu pada si perempuan. Mane letak nya nilai cinta bagi si lelaki?

Cinta sejati? Wujud ke cinta sejati kalau nilai cinta tu hanya sebesar kuman. Boleh dipermainkan. Boleh dibuat sesuka hati.



Terjerat! That is the situation. Mcm mane nk lepaskan diri dari jerat? Tapi kadang2 memang jerat makan tuan. N kadang2, perlukan seseorang utk bawa kita keluar dari jerat tersebut. Tapi kalau kita anggap diri kita matang, dah boleh berfikir dan buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, kenapa masih tak boleh keluar dari jerat itu?

Ingat tak filem CINTA FOTOKOPI? Alaa, yang hero cerita tu Khai AF1 & heroin pulak, Zarina AF2 tu. Teringat satu ayat yang Khai cakap kat Zarina, cinta memang tak boleh di fotokopi, tapi isteri, boleh di fotokopi’ .

Mungkin pada pandangan lelaki dalam perbualan di atas tadi pn macam tu kot. Kekasih boleh difotokopi, tapi bukan Cinta.

Kita mungkin akan jatuh cinta berkali-kali, tapi CINTA SEJATI akan wujud sekali sahaja seumur hidup. Sekiranya kita merasakan kita telah temui cinta sejati tersebut, hargailah ia sebelum ia terlepas daripada genggaman.



Itulah kehidupan. Complicated. Sentiasa ada masalah.

Kalau tak ada masalah, orang kata, hidup ini kosong je lah, kan? Masalah yang akan buat kita lebih matang, masalah yang akan buat kita lebih kuat dalam menghadapi segala cabaran.

Dan jangan mengalah dan berputus asa. Sebab, setiap penyakit pasti ada penawarnya dan setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Urm, ada lagi quotes yang saya nak selitkan dalam entry saya kali ini,




That’s all from me ,
Thanks for spending a little time to read it. 
If you do facing the situation, take ur time to think through it. 

<3 mira amani


No comments: