Saturday, 17 September 2016

tips belanjawan majlis tunang

Hi semua

Dah dua bulan lebih pun status berubah dari SINGLE ke ENGAGED



tapi sebab dalam kalangan kawan2 rapat, kita antara yg cepat jugak lah bertunang, so kawan2 ramai yg tanya mcm mana majlis tunang haritu? banyak tak bajet? ape je barang hantaran? ramai ke tetamu? dll. 

Kebanyakan kawan2 tanya pasal bajet lah. then dorang kata, tulis la kt blog, nanti blh ktorang nk refer. 

and here it is! 

TIPS BERJIMAT DALAM MAJLIS PERTUNANGAN.




1. Tips pertama.

Buat majlis waktu petang. So, menu nya adalah menu minum petang. tak perlu fikir nk masak lauk apa, nasi utk berapa orang makan dll. 

Menu jamuan majlis pertunangan kita;

100 pax - total bajet makan, dalam RM400 - RM600 sahaja 

** Kuey teow goreng (Andak tolong masak) 
** Sate 300 cucuk (Sate Haji Samuri - kalau x silap ayam satu cucuk 80sen, daging satu cucuk RM1)
** Brownies 2 kotak (saiz 10 inch x 10 inch) - buat sendiri 
** additional kuih muih pakcik makcik bagi
** Air sejuk (x igt air apa)
** Teh tarik 

Sewa Khemah + Kerusi Meja = RM220

2. Tips kedua

Gubah hantaran sendiri.



kelebihan sikit pada kita, sebab dulang hantaran makngah kita bagi pinjam, kain lapik dulang pulak guna kain yg sedia ada. so dah cut bajet kat situ. 

Tinggal nak beli barang2 hantaran ajelah.

Lagi kelebihan pulak sebab kita memang ada business baking (kek, cookies dll) and kebetulan pulak, kalau tunang, hantaran lebih kepada manisan. so semua nya buat sendiri ajelah. :) 

Hantaran pihak perempuan



1. Kain pasang + samping (utk dibuat baju nikah) - RM200
2. Sebakul buah - buahan - RM30 - RM50 
3. Coklat - RM50 - RM70
4. Sebakul kuih raya (homemade by myself - @sugarcrush22)
5. Kek rainbow (homemade by myself - @sugarcrush22) 
6. Cupcake (sepupu sponsor)
7. Wangian (set beli dekat Watsons) - <RM50

untung sikit kat kita sebab Cik Abang kita bukan jenis suka pakai benda mahal2, so bila kita nk belikan yg mahal2 pn dia taknak, membazir katanya. kita ikutkan aje lah. 

Hantaran pihak lelaki *yg bajet lelaki takdapat nk bagi tepat sangat sebab tak semua benda beli sama2 dgn cik abang kita. 


2 bentuk cincin (cincin tanya/risik & cincin tanda/tunang) - total <RM1500




1. Kain pasang (utk buat baju nikah) - RM80 (sebab kain kosong sahaja takde tambahan kain lace etc) 
2. Coklat (wajib k!) 
3. Buah - buahan 
4. Kek pandan 
5. Wangian (set perfume Elianto & set badan Shurah) 

*hantaran belah Lelaki pn gubah sendiri by saudara mara dia*

Barang & dulang dah settle. 

bakul2 hiasan ada yg beli dekat KAISON (availabe kt Sunway Putra Mall / Setia City Mall) and ada jugak yg beli dekat kedai RM2. hehe. 

then kita masuk bab hiasan, kita pakai fresh flower utk everything! utk hiasan hantaran, bunga tangan. orang kata mahal, tapi conclusion kita, pandai2 cari kedai k. hehe (total barang2 termasuk reben dll - RM100

kita pergi kedai kt Pandan Jaya, masuk2 kedai tu memang ada bilik sejuk utk simpan bunga and wow! rambang mata ! 

end up kita pilih,

a bouquet of White roses - 20 kuntum 
a bouquet of baby breath 
a bouquet of taktaw nama bunga tu tapi warna pink. haha

total bunga yang kita ambil harga dalam RM70

memang murah Gila! 

pelamin2 kita tak buat, just pakai kerusi sepasang, backdrop langsir, settle. 

baju pulak baju beli siap, harga dalam RM200, veil pn takde. make up pulak by cousin kita, Kak Aryza. 

Goodies bag pun takde. tggu kahwin nanti lah baru nk ada goodies bagai, lagipun, kenduri tunang haritu tak ramai pn yg kita jemput. kan pertunangan seeloknya dirahsiakan. cuma jemput saudara mara, jiran terdekat & kawan2 rapat je. dah lepas majlis baru post kt insta haritu. hehehe. 

okay jom totalkan perbelanjaan

Jamuan Makan - RM600
Khemah - RM220
Hantaran + Hiasan gubahan - approximately RM500
Baju tunang + tudung + mekap - RM250 

Total = Less than RM2,000.00 ! 

(ni tak termasuk belanja pihak lelaki) 

bukan kah Islam itu mudah? takpayah nk membazir, asalkan kita puas hati, asalkan matlamat tercapai. (matlamat - langkah pertama untuk menyatukan dua keluarga)


okay, harapnya perkongsian ni bermanfaat. :) 

thanks