langit senja jadi saksi
deruan ombak jadi saksi
pantai juga jadi saksi
di Port Dickson.
tempat yang aku benci
kerana mengingatkan aku akan dia.
dia yang pernah berjanji sehidup semati
dia yang pernah berjanji akan meredah lautan api
dia yang pernah berjanji takkan ada pengganti
akan ku hapus semua bayangnya
akan ku buang semua kenangan dengannya
.dan jadikan kau yang paling istimewa.
bantu aku buang segalanya
dan kita cipta cerita yang baru
terima kasih kerana melakarkan senyum di wajah aku setiap hari
terima kasih kerana sentiasa ada di sisi
terima kasih atas perhatian yang kau beri
moga jodoh milik kita satu hari nanti
moga kau satu cinta yang abadi
-teman jiwa-