Thursday, 25 October 2012

A Gift of Life , episode 1

assalamualaikum.. :)

haaa! dah lama dah nak update cerita pasal event ni, then sekarang lah baru ada masaa. 


A GIFT OF LIFE; 
if you're not poor enough to take charity, 
you're rich enough to give it. 

mengendalikan 1 big event merupakan salah satu syllabus 
bagi subjek MGT315: Creative & Critical Thinking. 
and tell u what, batch kitorang merupakan batch pertama yg ambil subjek niee.
means, senior2 kitorang dlu takde pn kene buat event2 niee. 
which is if berjaya nya event kami ni, 
maka event ni akan menjadi benchmark for our juniors.! 


penasihat utk this big project is : 
SIR WAN MOHD FIRDAUS B WAN MOHAMMAD
tersangat lah mudah nk deal dgn sir, 
sbb ape yg penting bagi sir,
make sure u get the job done.
tapi nye, sir tersangat2 lah bz, mengalahkan VC.
nak jumpa punyalah payahh. haha

tapi apa yg membanggakan, 
sir kate, event kitorang organize nie,
merupakan event degree level :)
which make all of us feels very2 proud of it! 

back to the storiesss, 
after several short meetings dengan wakil dari setiap group Business Study,
we've decided to organize an event which is the objective is CHARITY EVENT & meraikan anak2 yatim.

meraikan anak2 yatim tu, sudah semestinya perlukan kos kan?
so, ni pulak aktiviti yang telah dirangka utk mengumpul dana : 

1. jualan kurma sempena Bulan Ramadhan

2. kutipan derma & barangan terpakai utk anak2 yatim

3. jualan amal

4. carwash 

5. tayangan amal

6. sukaneka  

7. dinner 

mula2 nk start buat event nie, takut sangat2.
okayy , memang la aku ade pengalaman 3sem dah buat macam2 event dengan GPMS ,
tapi kali nie, event A GIFT OF LIFE ni melibatkan 206 orang urusetia! 
206 orang urusetia yee.. bukan peserta..

tapi sebab memenuhi kehendak syllabus, kitorang buat jugak,
sambil2 tu kitorang pick activity yg semua orang boleh join, 
and semua orang boleh have fun! 


*yang ni gambar meeting pertama*

gempak ahh. penuh klas tu. 
sbb kitorang tak expect pn yg semua akan bersemangat nk dtg meeting niee. 
based on attendance, bbrapa orang je yg x dtg, tu pn sbb ad klas..

start dari sini, aku percaya dengan komitmen 206 student bisnes UiTM Machang. 


*yang ni pulak meeting MT*


memang dah jadi kebiasaan dah, 
kitorang buat meeting kt wakaf depan Student Center nie.
hampir setiap hari ada meeting.
kalau bukan dgn semua jawatankuasa, dengan MT aje.
mane taknyee, ade je bnde yg nk di sttlekan. 

proposal 
banner
notis
bajet
surat pelepasan
surat2
dan surat2


memang kerja takkan berhenti selagi event tu tak habis! 


*ni mug & button* 

which is the souvenir for all bisnes students, vip's and anak2 yatim
jauh tuu tempah bnde nie,
kt Central Market, KL.
nk yg harga murah punya pasallll..


*banner event*

yeahh,
everything goes well.
masalah? buat ape je takde masalah.
tapi tu semua la pengalaman. 
bukan senang nk dapat pengalaman macam niee. 
event ni ajar kitorang macam mana nk buat keputusan,
macam mana nk handle situation,
how to create bond between peoples,
macam mana nk build confidence level,
macam mana nk buat event
& macam2 lagi. 

AJK2 event ade tanye aku,
"mira, kalau duit kitorang boleh claim, masa & tenaga kitorang ni mcm mana pulakk?"

ape yg aku blh jwb, "pengalaman yg kita dapat, tu ganjaran kepenatan kita selama nie. & kalau tak, kita semua tak rapat mcm nie, semua sebab event nie, kan?"

sape aku? hehe..
 Timbalan Pengarah Projek 
big event MGT315
A GIFT OF LIFE :)


#to be continued#



1 comment:

Mya said...

Love this entry...
Waiting for the next part :)
#thumbsup