Kehilangan
Kenapa perlu menghargai setelah merasa kehilangan?
Ketika ada,
Semua serba tak kena.
Ketika tiada,
Mulalah merindui segala2.
Kadang kala,
Kita perlu merasa kehilangan itu,
Kerana setelah kehilangan baru kita sedar
betapa bermaknanya
sesuatu itu dalam kehidupan kita.
Tapi bagaimana pula dengan seseorang yang
tak menghargai
peluang kedua yg diberikan?
Tidak serikkah dia?
Dan satu ketika nanti,
menagih peluang ketiga, keempat dan
seterusnya?
Mungkin aku yang akan serik.
Kerana pengalaman tak pernah mengajar engkau untuk
menghargai.
Bukalah mata,
bukalah hati.
Fikirkan sedalamnya.
Peluang diberi bukan untuk dipersia.
jangan lah lagi dipersia andai satu hari nanti ada peluang menanti.
No comments:
Post a Comment