Monday, 1 July 2013

SIMPATI


kenapa aku tak bahagia macam orang lain?

kenapa Allah uji aku sampai macam ni sekali?

kenapa hidup aku susah?

kenapa?

kenapa?

kenapa?



selalu kan orang tanya macam tu.. 

tapi kau kena ingat, bahagia tu tak datang sendiri..kita yang cari..

it's the way you lead your life.

orang yg miskin, boleh bahagia.

orang yg susah pun boleh bahagia.

orang yg kaya tak semestinya bahagia. 

orang yg in relationship pun tak semestinya bahagia.

orang dah kahwin pun boleh gaduh.



kadangkala,
orang yang cakap macam tu sengaja nak tagih simpati.
dia perlukan perhatian.

tapi kalau terlalu banyak simpati yang kau tagih,
bukan perhatian yang akan kau dapat.
tapi sebenarnya kau merendahkan martabat kau sendiri.

orang akan hilang hormat pada kau. 
sebab kau menjaja cerita kau sendiri demi perhatian yang kau perlukan.


ingat, 
maruah kau di tangan kau sendiri.
jangan di rendahkan kerana kau adalah sesuatu yang bernilai.

bahagia kau akan kau jumpa,
bila kau berhenti mengejar kepedihan dan kedukaan.
semuanya terletak di tangan kau sendiri.


p/s:
jangan merendah diri melihat kebahagiaan orang lain, 
jadikan ia titik tolak utk kehidupan kau sendiri.
jangan berbangga diri melihat kesusahan orang lain,
jadikan ia sebagai panduan supaya kau jadi lebih baik.


No comments: