Thursday, 11 September 2014

Rejection




kalau suka, luahkan.
jangan pendam.

tapi bila dah luahkan,
kena bersedia terima jawapan sama ada positif atau negatif.


redha,
paling penting.

padan muka,
balasan.

senyum,
macam takde apa2.

doa,
itu termampu.

kawan,
buat macam biasa.

abaikan,
perasaan itu.

Wednesday, 13 August 2014

Journey To Kelantan.

Let the picture explains what life really mean :) 



a journey by train alone to Kelantan ; 



meet up favourite peoples at Kota Bharu :) 

one of the bebigals (Fina Anuar)  &  favourite kakak (Kak Yue) 

kakak in GPMS, Kak Fifa :) 


laughing, gossipping, sharing stories and spending time together with the ex-roommates :) 





dari kiri: single, gewe orang, tunang orang, bini orang.


fatimah, me, fatin, shila




the main reason I came to Kelantan, 

Disini Bermula: Kebangkitan Pemimpin Muda

bertemu adik2 baru, berkongsi ilmu demi Alif Ba Ta. 
bertemu adik beradik melepas rindu. 























biar gambar yang berbicara kerana aku tak bisa menzahir kata-kata.

A Journey to Kelantan, 
4 - 9 Ogos 2014 



Sunday, 15 June 2014

Rasa itu




i'm missing it
no 
i'm not missing the person,
but i miss the feeling of being loved.


i miss to have someone nagging at me
i miss to have someone who scold me when i'm wrong
i miss to have someone who can lend their ears when i'm sick of life
i miss to have someone who can lend their shoulder when i'm tired struggling
i miss to have someone who i can share my tear and laugh
i miss to have someone who says something to me and my heart will whisper, yes, he's right. 

anybody can be that someone, 
it's only about is him the right one.



but i can't denied it,
i don't have trust anymore
trust is just like a piece of paper,
once it crumpled, it won't go as the same anymore.

for the time being,
a man only can be a friend of me,
a guy only can be my best buddy.

dear heart, please open it up when you found the right one.
it's the matter of time. 

Thursday, 29 May 2014

how you wish...

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone
5. Don't bother with his movement

So what's so hard about that? 



HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:

It's really not too difficult but..

To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a  father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her complement regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. give her lots of attention
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes

BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:

53. never forget:
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangement she makes.

#copypaste from someone's status in Facebook.

how hard a woman try to defend herself, she can't deny the truth of these statement!
hahaha

and i know, people would say, "patotlah kau takde boyfriend"




because currently, I'm happy with all peoples I have in my life.
everyone seems special in my eyes. 
and
I think I didn't reach 'umur wajib kahwin' yet.
so I don't have to worried about it! :P 



*Mira Amani*
who'd still struggling finding herself,
and leaving all the bad memories behind and never gonna look back! 



Wednesday, 28 May 2014

xpdc





XPDC KONSERVASI GUNUNG LEDANG
23 - 25 mei 2014


Syukur ku panjat ke hadrat Illahi
memberi aku peluang ini
tiada kata pengukur dapat kuberi
melihat kebesaran dan keindahan alam ciptaan-Mu ini


Ledang Era 23 terpaksa aku lepaskan
kecewa terpaksa menarik diri
masalah kesihatan tak dapat dielakkan
terima kasih kalian kerana memahami


Era 23 tak puas hati
kerana puncak tak dapat dijejaki
lantas merancang xpdc ini
melepaskan gian separuh mati


diajak turut serta untuk menyertai
 malu tapi keinginan menggunung
 dorongan mereka yg ku anggap famili
ku sertai xpdc menawan gunung


tangga Puncak Alam setiap hari jadi laluan 
namun stamina takjuga milik badan
tetap pancit sepanjang perjalanan
namun dorongan mereka menjadi peneman


mendaki ledang bersama teman
teman yang dianggap famili seperjuangan
pancit dan taklarat bukan ukuran
kerana impian akan jadi kenyataan


xpdc bukan saja dilaksana
ada matlamat dan tujuan yg sama
segala negativiti yg kami rasa
dilawan agar hasrat berjaya


aku katakan, 'we're having fun'
mendaki bersama rakan-rakan
lalu aku di tegur oleh si teman
betul kan niat tu dulu ye kawan


memang itulah yg paling ditekankan
takut terjumpa yg bukan2
niat kita haruslah diperbetulkan 
menikmati alam ciptaan Tuhan



HARI PERTAMA


dari Shah Alam menuju ke Ledang
terpaksa tempuh 5 jam perjalanan
jalan jammed bukan menjadi penghalang
karaoke dlm bas menjadi hiburan


jam 12 malam tiba di destinasi
cuaca di kaki gunung nyaman sekali
sedikit briefing sebelum hari pagi
lantas berehat sebelum ekspidisi


cuaca di kaki gunung nyaman sekali
sungguh berbeza dari udara kota
sesungguhnya inilah yang aku cari
merehatkan otak dan menenangkan minda


HARI KEDUA

masing2 bersemangat di pagi hari
sebelum Subuh sudah terjaga
taksabar memulakan perjalanan ini
dan akhirnya xpdc bermula




berkumpul kami bersama taulan
berkongsi cerita dan bergelak sakan
buah kuini dan nasi lemak sebagai sarapan
taklupa bergambar sebelum pendakian 



selfie kini menjadi aliran
tua dan muda takmahu ketinggalan
kami pun sama tak mahu lepaskan
selfie dgn zira sebelum pendakian


kami semua takdelah banyak pengalaman
konklusinya 4 jam telah kami habiskan
base-camp Kem Kepala Gajah jadi tujuan
disitulah khemah akan didirikan



setelah sampai kami dirikan khemah
sambil mengemas base-camp beramai-ramai
team masakan pula memasak juadah
makan tengah hari bersama di sungai


sudah tiba waktu dinanti
segala kerja telah disudahi
berjalan menempuh onak dan duri
PARADISE tempat yang kami tujui


beriadah bersama rakan-rakan
beriadah kami didalam hutan
bersama nikmati alam ciptaan Tuhan
hanya syukur yg bisa dipanjatkan


.PARADISE.

rugi mereka yang melepaskan peluang
merasa sejuknya air Gunung Ledang 
semua berhibur dengan riang
tapi tak dilupakan hajat kami bertandang


 

setelah puas bermandi-manda
pulang ke base-camp Anak Gajah
menyiapkan barangan campfire malamnya
namun akhirnya hujan yg mencurah


jangan biarkan khemah senteng
alamatnya basah kuyup didalam hutan
arjuna gagah menyiapkan benteng
adinda berteduh menyiapkan santapan


campfire dibatalkan akibat hujan
namun tentatif tetap diteruskan
berkongsi cerita dibawah teduhan
bersama si penglipurlara, saudara hazman


berkongsi cerita bersama-sama
bergelak tawa di temani hujan
unggas di hutan menjadi irama
cuaca yg buruk tak jadi halangan


tirai malam berlabuh sepi
dingin gunung memanggil lena
sleeping bag menjadi teman mimpi
nyamuk menjadi peneman lena

HARI KETIGA

di Subuh hari kami bangkit
dengan niat meneruskan perjalanan
untuk ke puncak banyak checkpoint
sebelum sampai ke puncak impian


ditemani headlamp dan mosquito repellant
kami melangkah penuh semangat
jatuh tergelincir bukan penamat
itu permulaan sebuah hikayat


termengah2 di sepanjang jalannya
ada tempat kita berehat seketika
setiap checkpoint ada cerita
tak lupa bergambar kenangan bersama



penat dan lelah semestinya terasa
sepanjang perjalanan 4 jam lamanya
extra joss dan 100 plus diteguk bersama
air sungai pun kami balun juga


setelah penat berehat seketika
Gua Kambing nama tempatnya
taklupa untuk bergambar bersama
bukan selalu ini saja harinya





senget kami dan senyum sekali
ditaman bonsai nama tempat ini
4 jam mendaki terhenti-henti
melihat pemandangan ciptaan Illahi


menuju ke puncak berbagai dugaan
jalan licin dan batu-batuan
gambar beratus akan dikongsikan
tapi masih dalam simpanan kanda cameraman


ketinggian memang kelemahan saya
hati berdebar tak tahu nak kata apa
namun harus ditempuhi jua
Alhamdulillah selamat dan saya berjaya! 


pika tido menjadi teman 
memberi semangat tak henti-henti
bersama dia menghadapi rintangan
menuju ke puncak idaman hati




ini lah dia tuan punya badan
pika tido di beri gelaran
bersama mendaki tak kira halangan
asal tercapai hajat di impikan


kaki di jejak di atas puncak
sujud syukur menjadi iringan
debar dan kagum hati berdetak
sempurna sekali segala ciptaan


gunung bersejarah berdiri gagah
sejarah melayu terpalit dengan gah
menjejak puncak dengan megah
megah dengan ciptaan yang indah


sejarah Melayu bertahun lamanya
hikayat yang terpatri berbagai kisahnya
kisah cinta agung juga tak dilupa
Gunung Ledang menjadi bukti dan saksinya


kami mendaki melalui Sagil
satu lagi laluan melalui Asahan
Puncak Mahligai nampak terpencil
jejak dahulu sebelum Ledang ditawan


 

Era 23 menjadi sebutan
Gempur 23 menjadi taruhan
terima kasih menerima aku sebahagian drpd kalian
walau Ledang bukan tempat aku dilahirkan





berbulan menunggu varsity disiapkan
hampir bertelagah taktahan penantian
semangat IBS dibawa ke pendakian
varsity bersama mengharungi perjalanan




banyak sejarah terpalit di sana
batu bersurat salah satunya
tulisan tertera tulisan jawi lama
kalimah Bismillah nampak jelas dimata



menghirup udara segar di puncak
berehat seketika bersama-sama
tidur di mana sudut yg nampak
atau menikmati bekalan yg dibawa

setelah udara segar dihirup puas
kami bergerak meneruskan perjalanan
kembali ke base camp untuk berkemas
mengakhiri percutian bersama teman

cuti seminggu uitm berikan
aku mulakan dengan pendakian
tak rugi rasa aku habiskan
masa bersama teman seperjuangan




Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan
Mira Amani berjaya penuhi impian
Gunung Ledang menjadi sandaran
menjejakkan kaki di puncak idaman


gambar tak banyak dikongsi persama
nantikan dari saya sambungan kedua
perlu tuntut gambar dari kekanda
nanti dah dapat kita share lagi yaa 

 tak pandai tak petah dalam berkata
cuma mencuba semampu sedaya
kalau ada tersilap kata
mohon dihalalkan bicara saya

*Mira Amani mengundur diri*


Sunday, 2 March 2014

ceritera cuti semester

hai semua! dah habis cuti semester baru berkesempatan nak update blog.
hehe..
cuti hari tu start on 19th January. :) 

alhamdulillah, aku puas hati dengan cuti kali ni. 
takde masa yang aku biar terbuang sia2, jadual sentiasa penuh.

sampai makcik sebelah rumah pun kata, "along ni memang takreti duduk rumah ye? ade je kerjanya, programnya" hehehe.. aku balas dengan senyuman je :) 

21-25 January
first of all, balik2 rumah after final exam hari tu, after a couple of days, KERJA! 
macam biasa, The Baker's jadi tempat kerja sementara. spending all my days kt sana dengan kerja. kadang2 balik malam, kadang2 petang.






the next programme that i should join is Kem Penyambung Warisan Era 23 di Gunung Ledang anjuran GPMS Shah Alam, 30 January - 5 Februari.

26 January
tapi few days je lagi sebelum program tu, Allah turunkan musibah. 



and the doctor says; "saya tak benarkan awak angkat benda berat2 dan saya tak benarkan awak join aktiviti lasak dlm masa yg terdekat"
serious talk, depan doctor tu air mata menitik, menangis sampai ke rumah, 3 hari tak keluar bilik gara2 kecewa teramat sebab itu maknanya aku tak boleh join Ledang. 

btw, thanks to you who gives me support, who can make me smile and make me laugh when I'm at my worst. :) 

31 January-1 February
tapi Alhamdulillah, sebab takdapat pergi daki gunung Ledang, aku dapat peluang join family day Keluarga Haji Noordin (family mama) 




meluangkan 2 hari 1 malam bersama keluarga di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort.
satu jangka masa yang pendek, namun masa yang dapat diluang bersama sangat berkualiti.

explorace - hanging bridge - bbq - karok time - sukaneka keluarga




it's a treasure to have you guys in my life. i love all of you to the moon and back! 



as the 'penyakit datang' , seminggu jugak lah aku mc.

2 February




sehari before start kerja, i'm going to Putrajaya with best peoples of my life,
Yana and Rais! bukan bertiga je, keluar ramai2, dengan Safwan, Deeyan(bff yana) and Khaliesah(adik yana). Lepak2 kat Putrajaya, story this and that with them then malam baham satay Kajang! 


3 - 6 Februari
then after sihat, sambung kerja tapi lepas tu mntk cuti lagi.

7-9 Februari
kali ni family holiday pulak! hehe






tak pergi jauh pun. still dalam Malaysia.
we went to Swiss-Garden Golf, Resort and Spa kat Damai Laut, Lumut, Perak.
jauh dari kesibukan kota, 3 hari spend masa kt situ sahaja.
use all the facilities that available and spend all the moment together.

ahad nya, terus balik Langat sebab ada kenduri kt rumah Acu.
gambar lebih2 takde, yg ni je yang tinggal; 


\


yang ni actually lepas kenduri, malam tu, masa melepak bersama2 keluarga dan makan2.
sekali lagi, memorable moments. :) 

10-19 Februari
then balik dari Lumut, kerja 10 hari berturut2 without cuti langsung. 
kadang2 kerja 13 jam. fuhhh, penatnya memang tak terkata.

20 Februari
rabu tu last day kerja, khamis tu terus gerak ke Shah Alam and shoot by bus with the GPMS team to the venue of the programme,
Kursus kePimpinan Pagu (KPP) di Nur Lembah Bestari Eco Resort, Sungai Tua.




new friends found! new family maybe. hehe.
dalam GPMS, tak kira UiTM Caw Kelantan, UiTM Shah Alam or even Kebangsaan, satu pegangan aku, "sekali kita melangkah, selamanya kita family" <3


balik dari KPP, have a rest a few days at home with myself.

24 Februari
tapi ada satu hari keluar dengan echa n hadi. merayau2 ke Ampang > Bangi > KL > Bangsar > Bangi > Langat . 





26 Februari
Induksi Mega Kem Gerakan Obor kat Fakulti Engineering UiTM Shah Alam, malam tu overnite kt rumah kawan yg baru sy rapat pada hari yg sama, Fifi sebab keesokan hari nya kami akan bertolak ke Johor! 

27 Februari - 1 Mac
last but not least, at the end of semester break, aku join ini! 




Mega Kem Gerakan Obor di 6 buah sekolah di Parlimen Pagoh, Muar, Johor. 
and kami semua ditugaskan di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (SARS1).
supposely i became a fasilitator, tapi tetiba sampai sana aku dilantik as asst ketua jurulatih(KJ), pembantu kepada abang kj kita, Jai.

krik krik jugak sebenarnya, baru first time join program Shah Alam sebagai peserta, tiba2 dapat jawatan besar mcm tu. memang jadi KJ yg entah apa2 sangat and aku sedih sebab aku tak all out. aku yakin aku boleh buat yang lebih baik biasalah first time. kalau kita takde buat salah, kita tak tahu mana kekurangan kita :) 

tapi frust jugak sebenarnya sebab takde kesempatan nak jadi fasilitator. takpe lah, insyaAllah, ada sebab Allah aturkan macam tu and akan ada peluang lain lagi. 





ni masa majlis penutup dkt Kolej Seroja sebaik shj sampai dari Johor. 
tq team management and fasilitator SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1!

*man*semah*syiba*pok*jai*mira*fifi*farah*faris*adda*aina*
zira*ira*syida*diana*fakhri*nabeel*mirul*baim*shafiq*shahir*afiq*

we're the best and taklupa, adik2 tu pun havoc jugak! 
thankyou for the memories friends, family and adik2! 


as a conclusion, Alhamdulillah. Terima Kasih Allah atas nikmat dan kurnia yg telah kau berikan pada aku. Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang yang tak semua orang dapat. Terima Kasih Allah kerana memilih dalam kalangan khalifah-Mu aku utk merasai pengalaman yg berharga ini.


mira amani,
dia,
dalam pencarian mencari cinta hakiki; cinta Illahi.
dalam pencarian mencari diri sendiri.
dalam pencarian mencari cinta sejati.