Saturday, 4 January 2014

hidayah

(: assalamualaikum semua :)

hari ni kita nak kongsi satu cerita nie,
ada satu hari ni, kita pergi lunch dengan 2 orang kawan.
actually dorang ni classmate kita. 
sorang kita kenal lama dah, 
dan sorang lagi ni kita baru je kenal dekat degree life kita.

macam2 lah cerita kitorang.

future plans
religous topics
spitirual issues
study life
friends here and there

then sorang daripada kawan saya tu cerita, yang dia ada suka kat someone. 

bukan itu, 
bukan itu yang saya nak highlight kat sini,
tapi ini

new friend: korang, korang tahu tak, korang lah orang pertama yg kita luahkan perasaan macam nie.. sebelum ni kita simpan sorang2 je.. kalau kita nak luahkan perasaan, kita nak mengadu, kita selalu luahkan kat Allah je.. 


kita dengan kawan kita lagi sorang tu tertunduk je. 

ALLAH! 
Subhanallah!
Astaghfirullah!





Lalainya kita selama nie.
bila kita susah, bila kita marah, bila kita geram.
kita cerita pada orang. 
kita buruk-burukkan orang. 
bila kita suka sesuatu, kita puji, kita puja.
bila kita berjaya, kita bangga, kita riak.


kita sedar tak kita dah commit dosa dengan buat macam tu?

Dia-lah sebaik2 pendengar,
Dia-lah sebaik2 penasihat.

kenapa kita nak sedih bila kita susah, kawan2 kita takde disisi kita?
mereka semua masing2 ada komitmen sendiri.
kita kan ada Allah..

mengadu pada dia, bersyukur pada dia. 

itulah dia, jahilnya manusia.

terima kasih kawan.
sedikit mata aku makin celik.
sedikit minda aku makin terbuka.

perubahan?
mungkin perlahan2. 
insyaAllah.

terima kasih Allah.
kerana sedikit hidayah telah terlihat. 







No comments: